Menu Gano @ Delima Rubie

 
 
 
Baca Seterusnya........ Tanda Tanda Tindakbalas Penyakit

  Apa itu Ganoderma? - Kulat dan Ubatan

 

Oleh : NUR AIDA BTE MUSTAPHA

Menjaga kesihatan tubuh badan merupakan suatu agenda penting di dalam kehidupan umat manusia. Untuk itu, manusia telah dan sentiasa berikhtiar menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk mencari alternatif kesihatan dan kaedah pengubatan yang terbaik. Lebih-lebih lagi apabila telah nyata kini bahawasanya ubat-ubatan Barat yang ada pada masa kini tidak mampu untuk menyembuhkan sesuatu penyakit itu dengan sepenuhnya sebaliknya meninggalkan pelbagai kesan sampingan jangka panjang yang memudaratkan.

Kerana itu, konsep perubatan alternatif yang bercorak holistik mula mendapat tempat. Konsep rawatan Konvensional ( menggunakan ubatan Barat ) adalah bercorak mengubati manakala konsep perubatan alternatif adalah bercorak mencegah. Dan, antara bentuk rawatan alternatif yang kian mendapat tempat adalah menggunakan herba. Penggunaan herba untuk tujuan kesihatan telah menjadi amalan masyarakat Timur sejak zaman-berzaman terutama sekali bagi masyarakat China, India, Melayu dan lain-lain. Ada antara herba-herba ini yang digunakan secara segar, dikeringkan, direbus, secara sendirian atau dicampur dengan herba-herba yang lain.

Adapun herba yang paling baik untuk tujuan kesihatan adalah herba yang mempunyai ciri-ciri berikut :

    1. Tidak memberi kesan sampingan samada dalam jangkamasa pendek atau panjang
    2. Kesannya ke atas tubuh badan adalah secara menyeluruh dan bukannya ke atas organ-organ atau bahagian tubuh yang tertentu sahaja

    3. Berupaya mengembalikan fungsi organ-organ dan bahagian tubuh yang rosak atau tidak berfungsi sepenuhnya seperti sediakala

Antara banyak-banyak jenis herba, Ganoderma Lucidum atau lebih dikenali sebagai Reishi ataupun Ling-zhi adalah yang paling diutamakan. Ini adalah kerana Ganoderma Lucidum bertindak bukan sahaja menyembuhkan tetapi juga mengeluarkan sepenuhnya penyakit itu dari dalam tubuh di samping membaik pulih dan menyeimbangkan semula fungsi-fungsi organ dan sel-sel tubuh. Ia juga bertindak sebagai adaptogen di mana daya tahan diri seseorang terhadap tekanan biologi, alam sekitar, psikologi dan tindakbalas kimia dapat ditingkatkan.

Punca-Punca Toksin Di dalam Tubuh

Setiap masa, tubuh kita dipenuhi dengan pelbagai macam toksin berpunca dari makanan, minuman dan alam sekitar. Akibatnya darah kita dicemari menyebabkan berlakunya kerosakan kepada organ-organ dan sel-sel tubuh dan fungsi-fungsinya. Maka kerana itu, kita lalu dijangkiti pelbagai penyakit.

Ganoderma Lucidum, apabila diambil dalam dosej-dosej yang tertentu mampu membantu tubuh untuk menyingkirkan segala toksin tersebut dan mengembalikan semula fungsi tubuh ke tahap yang sempurna seterusnya menghilangkan penyakit.

 

 

PENGGUNAAN KULAT SEBAGAI UBATAN

Penggunaan kulat dalam kehidupan kita sebagai makanan dan ubatan telah pun digunakan sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Kulat boleh diperolehi di serata dunia dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Masyarakat eropah amat menghargai akan kewujudan kulat sebagai sumber alam yang penting. Di Jepun, ramai penjaja gerai di kaki lima masih menjual kulat sebagai ubatan kepada orang ramai yang mana mementingkan kesihatan. Salah satu kulat yang begitu popular adalah sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini iaitu Reishi yakni kulat merah yang mana kulat liar ini sukar didapati kerana ia hanya tumbuh di pokok Plum yang tua. Reishi ini sangat bagus untuk mengubati kanser dan penyakit-penyakit yang berkaitan. Sejak lebih 3000 tahun yang lampau, masyarakat China telah menggunakan Reishi dalam bidang perubatan.

Kulat sebagai makanan juga adalah sangat baik untuk mengekalkan kesihatan. Ini terbukti berdasarkan surat daripada Editor dalam ‘Nutrition Action’(September 1994) daripada bahagian Sains yang menyatakan bahawa hampir 1/3 daripada populasi rakyat Amerika yang mengalami berat badan yang berlebihan (Obesiti). Disebabkan lemak yang terkandung dalam kulat hanyalah dalam jumlah yang kecil berbanding protein dan karbohidrat. Tambahan pula sebahagian kecil lemak adalah kebanyakkannya terdiri daripada jenis asid lemak tak tepu seperti asid Linoleic, maka kulat ini amat sesuai untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan jantung serta sistem kardiovaskular.

Apabila penggunaan kulat ini kian hangat diperkatakan, kebanyakkan rakyat Amerika dan penduduk dari kepulauan Biritish tidak begitu peka dan mempedulikan akan kepentingan kulat tersebut. Kebanyakkan penduduk di Amerika mempunyai prejudis terhadap sebarang jenis kulat atau cendawan yakni fenomena ‘Fungophobia’ (fobia terhadap cendawan)-istilah oleh Hay 1987. Rolfe dalam bukunya telah menulis dan menyatakan bagaimana pandangan masyarakat British terhadap ketidaksedapan cendawan. Secara umumnya, Persatuan Kulat Liar pertama yang ditubuhkan di sana telah mengistilahkan kulat sebagai beracun. Namun rakyat Amerika percaya bahawa diantara kulat yang boleh dimakan ialah kulat Agaricus Bisporus yang segar atau lebih dikenali sebagai cendawan butang (button mushroom) yang mana dikenal pasti sebagai mempunyai nilai perubatan yang tinggi berbanding kulat-kulat liar yang lain.

Namun cendawan butang ini juga boleh menyebabkan kepada penyakit kanser sekiranya dimakan secara berterusan tetapi sejauh mana kemungkinan risiko kesannya terhadap tubuh manusia tidak begitu jelas diperkatakan.

Sehinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di antara spesis kulat lain seperti kulat tiram (Oyster mushroom) dan Shiitake telah mula muncul dan diterima di pasaran. Walaubagaimana pun terdapat tanda-tanda sikap berfikiran sempit oleh kebanyakkan rakyat Amerika dan England yang telah berubah dan menerima kulat sebagai bahan makanan dan ubatan. Salah satu faktor adalah disebabkan oleh bertambahnya penggunaan makanan yang begitu meluas dan ini termasuklah minat terhadap cendawan tersebut. Lain-lain faktor adalah disebabkan oleh pertumbuhan bisnes export kulat dengan pesatnya di Eropah. Ekoran daripada hujan asid, pembangunan yang pesat dan krisis industri sebagai contoh sebagaimana yang berlaku di Chernobyl, berjuta-juta habitat kulat di Eropah dan Rusia telah mengalami kemusnahan dan banyak spesis kulat liar ini mengalami kepupusan.

Lebih daripada 1000 tahun, kulat telah memainkan peranan yang amat penting dalam perubatan timur yang mana 200 jenis kulat telah dikenalpasti di farmakopeia pada masa itu. Di antaranya ialah penggunaan kulat sebagai tonik adalah paling ketara yang mana ia dipercayai dapat meningkatkan kitaran darah dalam tubuh badan. Dalam erti kata lain, ia juga dapat memanjangkan lagi usia seseorang.

Kini, para ahli penyelidik samada dari timur atau barat telah mengenalpasti bahawa terdapat kulat-kulat tertentu yang amat berfungsi sebagai pengimmunisasi yakni meningkatkan lagi fungsi dan aktiviti sistem immunisasi itu sendiri. Sementara itu, banyak kajian yang telah dijalankan telah menemui kaedah terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem immunisasi yang serius ini seperti kanser dan AIDS yang mengatakan bahawa kulat-kulat ini juga selamat untuk digunakan bagi mengubati kesakitan penyakit tersebut yang dialami seharian.

Komponen bagi meningkatkan sistem immunisasi dalam kulat yang diambil sebagai tonik wujud untuk membentuk polisakarida tertentu yang mana terdiri daripada rantaian gula ringkas yang kompleks. Walaupun terdapat ketidakpastian terhadap kehadiran komponen dalam kulat ini, namun terdapat satu teori yang mengatakan bahawa mereka adalah menyerupai sebagimana molekul yang terdapat dalam bakteria dan kesemua ini merangsang tindakbalas terhadap sistem immunisasi tersebut.

 

 

APA ITU GANODERMA?

Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China.

Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.

Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.

Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.

Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.

Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:

  • Sistem kulit
  • Sistem saraf
  • Sistem jantung

  • Sistem mata
  • Sistem Ginjal / buah pinggang
  • Sistem pernafasan

  • Sistem aliran darah

Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:

  • Kanser
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Hepatitis

  • Kencing Manis (Diabetes)
  • HIV & AIDS

  • Alahan

Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:

Asid Amino

D-mannitol

Polisakarida

Asid Organik

Ergosterol

Sakarida

Asid Protease

Glukosamin

Sterol

Adenin

Lakton

Triterpenoid

Adenosin

Lisozim

Vitamin

Alkaloid

Oganik Germanium(GE)

Garam Galian

Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:

Air  - 750.0mg

Kalori   - 1.7

Lemak  - 9.0mg

Serat  - 25.0mg

Protin  - 75.8mg

Besi  - 0.19mg

Kalsium   - 3.0mg

Asid Pantotenik  - 0.032 mg

Vitamin B1  - 0.0016mg

Vitamin B2  - 0.0064mg

Vitamin B3  - 0.076mg

Vitamin C  - 0.0625mg

Vitamin D  - 0.769mg

Fosferus  - 0.03mg

Karbohidrat  - 115.0mg

Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli

Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya :

  1. Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih
  2. Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan (yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan).

  3. Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik
  4. Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.

Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:

  1. Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri
  2. Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
  3. Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik
  4. Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf

  5. Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )
  6. Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
  7. Hilang selera makan
  8. Hilang ingatan/nyanyuk
  9. Sumbatan saluran darah
  10. Masalah tulang sendi
  11. Masalah kerongkong
  12. Hepatitis A, B, C, D
  13. Masalah kulit
  14. Gastrik
  15. Masalah kerosakan hati
  16. Sukar tidur malam (Insomnia)
  17. Keracunan makanan
  18. Masalah saluran pernafasan
  19. Masalah keguguran rambut
  20. Masalah bengkak ginjal / buah pinggang
  21. Ulser

Menurut Dr. David Chu, seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada menyebut di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.

Menurut beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing. Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak akan berkurangan.

Dari kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan fungsi jantung.

Masyarakat China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.

 

 

SEJARAH REISHI

Kepercayaan akan kemujaraban kulat Reishi ini pada hakikatnya telah dipercayai sejak zaman China purba dulu lagi yakni sejak zaman pemerintahan ‘Fuxi’; pemerintah lagenda China pada waktu itu yang juga merupakan pemerintah pertama di kalangan ‘Three august Ones’. Manakala Seng Nong pula yakni pemerintah kedua ‘Three August Ones’ mengatakan bahawa untuk mengetahui akan kemujaraban sesuatu tumbuhan adalah melalui kajian percubaan yang dijalankan ke atas beratus-ratus spesis tumbuhan.

Seng Nong’s Herbal Classic atau Chinese Outline of Herbs adalah merupakan manuskrip terawal dalam perubatan China kuno pada masa itu dan sehingga kini ia masih digunakan sebagai asas dalam perubatan China tradisional serta dalam kebanyakkan perubatan timur secara amnya.

Menurut manuskrip tersebut yang menerangkan secara terperincinya tentang Ling-zhi di mana di kalangan 365 spesis yang terdiri daripada tumbuhan, akar-akar, kayu, bulu, haiwan dan batu-batan yang telah dibahagikan kepada 3 kategori. Ling-zhi / Reishi adalah terletak pada ranking yang teratas daripada kalangan kumpulan Superior. Ciri-ciri kategori pertama ini antaranya ialah ia langsung tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun ia diambil secara berlarutan. Sebaliknya, pengambilan secara berterusan itu dapat mengurangkan berat badan dan memanjangkan usia seseorang.

Enam spesis Ling-zhi ini dibezakan melalui warna turut dinyatakan dalam ‘Seng Nong’s Herbal Classic’ itu yakni :

    1. Akashiba ( Resihi merah )
    2. Shiroshiba ( putih )
    3. Kuroshiba ( hitam )
    4. Kishiba ( kuning )
    5. Aoshiba ( biru )
    6. Murasakishiba ( unggu )

Reishi merah ( Akashiba ) adalah satu-satunya yang masih dijalankan penanaman semula ke atasnya.

Reishi Merah :

Reishi sebenarnya adalah panggilan bagi kulat Ganoderma Lucidum bagi masyarakat Jepun. Sebagaimana yang dinayatakan sebelum ini, di China ia terkenal dengan panggilan Ling-zhi. Reishi adalah sejenis kulat yang besar berwarna merah dengan bahagian luar yang berkilau. Reishi merah ini berbeza dengan jenis kulat-kulat yang lain di pasaran disebabkan teksturnya yang seakan menyerupai kayu.

Reishi merah adalah merupakan kulat yang luar biasa dan mempunyai nilai yang tinggi dalam ilmu perubatan China. Semenjak zaman dahulu kala, hanya golongan yang berada yang mana mempunyai keistimewaan tertentu yang dapat menggunakan dan menikmati Reishi tersebut. Dalam perubatan tradisi China, Reishi adalah merupakan kategori herba yang teratas memandangkan potensi dan manfaatnya dalam perubatan serta ia langsung tidak mendatangkan kesan sampingan.

Reishi merah boleh mengubati bengkak paru-paru, baik untuk pernafasan, meningkatkan kepintaran di samping memelihara tubuh, mencegah penyakit cepat lupa dan sekiranya diambil secara berterusan ia dapat mengekalkan kesihatan tubuh dan juga awet muda.

Reishi merah diklasifikasikan sebagai ubat ‘Superior’ kerana ia mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding kulat biasa dari segi :

  1. Pengambilannya secara harian adalah baik dan ia tidak mendatangkan kesan sampingan
  2. Pengambilannya secara biasa akan dapat mengawal fungsi tubuh ke tahap yang normal
  3. Kuasa perubatannya sendiri adalah berkesan ke atas semua fungsi organ tubuh manusia

Li Shi Zhen, seorang ahli penuntut perubatan yang terkenal pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644 ) telah memperkenalkan tanda-tanda bagi setiap 6 spesis kulat itu secara konkrit dan lengkapnya. Hasil-hasil kerjanya itu kemudiannya telah dicetak semula pada tahun 1956 dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing termasuklah Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Russia dan Latin dan telah diberikan penghargaan sebagai satu kejayaan dalam perubatan China Tradisional pada ketika itu.

Manakala di Jepun pula, sebuah buku yang dikenali sebagai ‘Shinroh Honsohkyo’ kini telah diterima pakai sebagai bahan teks asal dalam sains perubatan timur. Di dalamnya terdapat 365 jenis ubat yang telah dikenalpasti dan dihuraikan . Ubat-ubatan tersebut umumnya telah diklasifikasikan kepada 3 kategori yakni ;


1 - 120 daripadanya dikenali sebagai kumpulan kelas atasan ( Superior )
 
  • Ini termasuklah herba yang berkesan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit dan kebanyakkannya bertanggungjawab dalam mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Ia juga tidak mendatangkan kesan sampingan

2 - 120 lagi adalah kumpulan kelas pertengahan ( middle )
 
  • terdiri daripada tonik dan ia untuk meningkatkan dan penggunaannya tidak boleh diambil secara berterusan

3 - 125 lagi adalah kumpulan kelas bawahan ( low )
 
  • Ia mestilah diambil dalam dos yang sedikit dan hanya untuk penyakit-penyakit yang tertentu sahaja. Ia termasuklah sesetengah herba yang beracun.

KESIMPULAN

Pada masa lalu, tidak ramai individu yang didedahkan kepada perkataan ‘Reishi’ itu dengan sendirinya termasuklah mereka yang datang untuk melihat tumbuhan Reishi itu yang sebenarnya.

Kini perkataan ‘Reishi’ boleh dilihat di mana-mana dan tumbuhan ini juga sudah biasa terdapat di pasaran. Kita sepatutnya berterima kasih kepada para saintis yang telah berjaya dalam teknik penanaman semula Reishi tersebut. Dengan ini, penggunaan Reishi dapat digunakan secara berterusan oleh orang ramai bagi memperolehi nilai sebenar Reishi dalam bidang perubatan.

Sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah teks perubatan China kuno, Reishi adalah ‘Raja Herba Yang Ajaib’ yakni herba Superior yang hebat untuk awet muda dan memanjangkan usia seseorang. Pengambilannya secara berterusan akan memberikan hasil yang baik.

Ia turut dinyatakan dalam teks tersebut bahawa penggunaan Reishi ini adalah sebagai ubat pencegah lebih daripada merawat. Ini adalah amat baik bagi kesakitan yang sering dialami pada masa kini seperti alahan, diabetes, asma, kanser, penyakit sendi, arterioklerosis dan lain-lain.

Apabila seseorang itu di peringkat umur pertengahan, pengambilan Reishi ini akan meningkatkan lagi sistem immunisasinya terhadap serangan penyakit serta menambahkan tenaga individu tersebut. Seterusnya akan meningkatkan lagi tahap kesihatan kita.

 

 
 
 
  Baca Seterusnya .... Tanda Tanda Tindakbalas Penyakit